Friday, September 10, 2010

Sejarah

Kami merupakan penjual Lampin Kain Moden atau Cloth Diapers jenama Babyland yang ORIGINAL yang telah beroperasi sejak setahun yang lalu. Tujuan utama saya memulakan online bisnes ini adalah untuk berkongsi dengan kaum ibu dan bapa tentang kebaikan Cloth diapers bukan sahaja kepada bayi tetapi kepada alam sekitar.

Sejarah Penubuhan

Idea tercetusnya untuk menjual Cloth Diapers ini adalah kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu dan gaji yang hanya cukup2 makan amat menyukarkan saya sekeluarga. Tambahan pula tinggal di bandar seperti Penang, memang mahal. Dengan kehadiran 3 anak, dan terpaksa membeli sekurang-kurangnya 4 pek disposable diapers setiap bulan (memandangkan anak saya selang setahun). Bayangkan, saya terpaksa mengeluarkan hampir Rm 150 sebulan hanya untuk membeli disposable diapers. Kalau buat simpanan atau tabung untuk anak2, kiranya dah hampir mencecah Rm 1800.

Jadi, saya mencari alternatif bagaimana untuk mengurangkan perbelanjaan keluarga kami. Sebelum ini saya tidak bekerja dan tiada internet di rumah, jadi memang tidak tahu menahu tentang CD (cloth Diapers). Sehinggalah saya bekerja pada tahun 2008 dan mula mendekatkan diri dengan internet. Pada suatu hari saya terjumpa artikel pasal Cloth Diapers ni. Apa lagi, tanpa berfikir panjang, saya terus membeli  10 keping. Masa tu kongsi dengan kawan, jadi sorang dapat 5 keping.

Setelah itu saya terus menggunakan CD tu, tetapi terpaksa jugak menggunakan Dispo diapers di sebabkan tak cukup untuk pakai 2 orang. Tapi saya dapat mengurangkan sekurang2nya 2 beg disposable diapers pada bulan tu. jadi duit yang lebih tu saya simpan untuk membe;i stok yang lebih banyak. Saya memang berpuas hati di sebabkan CD tu lebih lembut berbanding disposable diapers. Tambahan pula, anak saya yang sebelum ini selalu mengalami kegatalan kulit (akibat penggunaan dispo), telah baik setelah menggunakan CD.

Disebabkan kelebihan dan keistimewaan CD ni la di samping penjimatan yang saya dapat inilah menyebabkan saya tergerak hati untuk menjual CD. Tambahan pula, ramai ibubapa di luar sana yang sama nasib dengan saya dan sering mencari alternatif untuk berjimat.

No comments:

Post a Comment

Recent News

Search Engine Submission - AddMe