Wednesday, March 2, 2016

PERKAHWINAN GEMILANG ANZALNA NASIR DAN HANIFF

Mengapa hari ni tetiba pulak nak bercerita tentang perkahwinan ANzalna Nassir ni. Sememangnya Anzalna ni memang idola ahkak..sebab perwatakannya yang lembut dan tidak bimbo macam sesetengah artis yang lain. 


#sumber rotikaya:

Menjadikan Kate Middleton sebagai idolanya,Anzalna Nasir yang akan menamatkan zaman solonya bersama jejaka pilihan hati Hanif Zaki, telah bersetuju untuk memilih konsep perkahwinan ala Inggeris bercirikan perkahwinan DiRaja British persis idolanya Kate Middleton dan Putera William.

“Saya suka konsep perkahwinan Diraja British persis Kate Middleton kerana beliau merupakan idola saya. Tarikh perkahwinan saya pun sama dengan tarikh perkahwinannya bersama Putera William,” katanya yang ditemui di Sri Pentas TV3.

Bagaimanapun, Anzalna tidak akan sesekali melupakan adat perkahwinan budaya melayu kerana dia dan bakal suaminya Hanif, akan memakai pakaian tradisional melayu semasa persandingan mereka di Dewan Perdana Felda pada 3 April depan.


Bukan nak cakap la kan..memang meriah sangat wedding dia. Sangat classy and elegant. Setiap kali tengok gambar, rasa meremang bulu roma. Memang boleh di nobatkan wedding of the year lah..

Kat sini, nak kongsikan sikit sebanyak gambar masa akad nikah dan reception.










Mengenakan busana pengantin yang direka khas oleh RIZALMAN

Recent News

Search Engine Submission - AddMe