Showing posts with label lampin pakai buang. Show all posts
Showing posts with label lampin pakai buang. Show all posts

Thursday, September 16, 2010

Pembayaran

Anda boleh melakukan pembayaran melalui cara2 di bawah:


1. COD (Cash On Delivery)
Bagi pelanggan yang ingin mengambil sendiri barang samaada melalui temujanji di tempat2 tertentu ataupun penghantaran ke rumah (bagi pelanggan di penang island), anda boleh melakukan pembayaran setelah barang di ambil.


2. Online Banking
Sesiapa yang mempunyai akaun CIMB Click atau pun Maybank2u, anda bolehlah terus membayar terus ke salah satu akaun di bawah:




07090064813525

Atas nama:
JULIANA JALI




@


 


157063935265

Atas nama:
SYAMSUL AZRI BIN MUKHTAR

Sila pastikan anda meletakkan email ceekaboobaby@gmail.com supaya setiap detail pembayaran terus ke peti mail saya. Tq

3. Sekiranya tiada akaun online, maka anda boleh depositkan duit melalui mesin deposit ataupun terus ke kaunter bank. Bagi anda yang ingin menggunakan mesin deposit, tetapi mempunyai masalah kerana mesin tidak menerima duit Rm 5, contohnya sekiranya harga barang Rm 125. Anda bolehlah deposit sebanyak Rm 130, dan saya akan memberikan baki dan akan di masukkan kedalam bungkusan yang akan di poskan kepada anda.

4. Akaun paypal/kad kredit
Bagi anda yang mempunyai paypal, anda boleh terus menbayar ke alamat email ceekaboobaby@gmail.com.

Sekiranya ada kemuskilan, sila hubingi saya di no 013-4741832 (juliana)

Sunday, September 12, 2010

POS & TRACK

~DELIVERY CHARGE~ 

Harga yang dipaparkan tidak termasuk kos penghantaran, kecuali dinyatakan.

Delivery/Kos Penghantaran 

(a) Biasa (4-5 ke destinasi)
10 KEPING CD keatas = PERCUMA

(b) Pos berdaftar/register post ( 2-3 hari ke destinasi)
1-2 KEPING CD = RM3.50
3-5 KEPING CD = RM5  (untuk Semenanjung Malaysia)

(c) via Poslaju (1-2 hari ke destinasi)
1 KEPING = RM4.50 (pos express)
1-2 KEPING =RM6 (poslaju)
3-4 KEPING = RM8
5-6 KEPING = RM9
7-8 KEPING = RM10
9-10 KEPING = RM12

Note:
a) Setakat ini tiada lagi masalah yang timbul apabila menggunakan pos biasa ataupun pos berdatar. Tetapi:  Jika anda memilih Pengunaan Pos Ekspres & Pos Biasa, segala risiko adalah di bawah tanggungan anda. HARAP MAKLUM

b) Delivery hanya akan dibuat selepas complete pembayaran

(c) Pos akan dilakukan mengikut permintaan pelanggan, samaada pos biasa, pos berdaftar atau pun pos laju.. sekian.


~TRACK AND TRACE~

Klik pada gambar untuk penghantaran pos daftar (registered post)




Klik pada gambar untuk penghantaran pos laju.

 

Friday, September 10, 2010

Cara Cucian Insert

Penjagaan Insert (CuCian)

Ramai yang bertanyakan tentang sabun apa yang sesuai untuk mencuci CD dan insert.
Jenis sabun tak perlu yang mahal2..yg murah pun dah OK. pentingnya di sini jgn guna sabun yang mengandungi ENZIM. Kenapa?


Jika menngunakan sabun yang berenzim seperti P*reen H*D atau N*ppyKl**n (sila baca label pada bungkusan). Enzim tersebut akan bertindakbalas dengan air kencing ang akan menyebabkan berlakunya ruam pada kulit bayi. Selain itu, sabun yang berenzim juga akan meninggalkan enzim pada CD dan insert. ini menyebabkan kerosakan pada insert yang akan mempengaruhi kadar serapan. jadi jika anda berCD dan selalu bocor, cuba periksa kembali jenis sabun yang digunakan ..sesuai atau tidak.

selain itu, sekali sekala @ sebulan sekalu, basuh insert dengan air suam bercampur cuka-utk neutralkan alkali yag terhasil pada air kencing (mode mesin basuh : wash) dan bilas dengan air sejuk bercampur soda bikarbonat -utk lembutkan insert (mode mesin basuh : rinse)

JANGAN !!! -----> jgn sesekali pun basuh CD dan Insert menggunakan peluntur dan juga mewangikannya dengan pelembut..

peluntir akan merosakkan microfiber insert dan pelembut akan membina satu lapisan pada inner CD dan insert. so insert tak dapat menyerap basahan secara maksimum.

Sejarah

Kami merupakan penjual Lampin Kain Moden atau Cloth Diapers jenama Babyland yang ORIGINAL yang telah beroperasi sejak setahun yang lalu. Tujuan utama saya memulakan online bisnes ini adalah untuk berkongsi dengan kaum ibu dan bapa tentang kebaikan Cloth diapers bukan sahaja kepada bayi tetapi kepada alam sekitar.

Sejarah Penubuhan

Idea tercetusnya untuk menjual Cloth Diapers ini adalah kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu dan gaji yang hanya cukup2 makan amat menyukarkan saya sekeluarga. Tambahan pula tinggal di bandar seperti Penang, memang mahal. Dengan kehadiran 3 anak, dan terpaksa membeli sekurang-kurangnya 4 pek disposable diapers setiap bulan (memandangkan anak saya selang setahun). Bayangkan, saya terpaksa mengeluarkan hampir Rm 150 sebulan hanya untuk membeli disposable diapers. Kalau buat simpanan atau tabung untuk anak2, kiranya dah hampir mencecah Rm 1800.

Jadi, saya mencari alternatif bagaimana untuk mengurangkan perbelanjaan keluarga kami. Sebelum ini saya tidak bekerja dan tiada internet di rumah, jadi memang tidak tahu menahu tentang CD (cloth Diapers). Sehinggalah saya bekerja pada tahun 2008 dan mula mendekatkan diri dengan internet. Pada suatu hari saya terjumpa artikel pasal Cloth Diapers ni. Apa lagi, tanpa berfikir panjang, saya terus membeli  10 keping. Masa tu kongsi dengan kawan, jadi sorang dapat 5 keping.

Setelah itu saya terus menggunakan CD tu, tetapi terpaksa jugak menggunakan Dispo diapers di sebabkan tak cukup untuk pakai 2 orang. Tapi saya dapat mengurangkan sekurang2nya 2 beg disposable diapers pada bulan tu. jadi duit yang lebih tu saya simpan untuk membe;i stok yang lebih banyak. Saya memang berpuas hati di sebabkan CD tu lebih lembut berbanding disposable diapers. Tambahan pula, anak saya yang sebelum ini selalu mengalami kegatalan kulit (akibat penggunaan dispo), telah baik setelah menggunakan CD.

Disebabkan kelebihan dan keistimewaan CD ni la di samping penjimatan yang saya dapat inilah menyebabkan saya tergerak hati untuk menjual CD. Tambahan pula, ramai ibubapa di luar sana yang sama nasib dengan saya dan sering mencari alternatif untuk berjimat.

Recent News

Search Engine Submission - AddMe