Monday, May 23, 2011

Apa itu paypal

Apa itu PayPal?

Bila sebut pasal Paypal aku yakin dah ramai yang tahu,lebih-lebih lagi bagi mereka yang selalu melakukan transaksi jual-beli di internet. Kali ni saya nak berkongsi serba sedikit pasal Paypal sebab rasanya masih ada lagi yang kurang faham apa itu Paypal,cara mohon dan syarat-syaratnya.

Paypal

Paypal ini umpama bank maya yg berada dlm internet dan Paypal tidak mempunyai pejabat,mesin Atm utk tujuan pengeluaran mahu pun kemasukan secara direct.Sia-sia shj kalau korang cari mana-mana bank kat dunia yang bernama Paypal bank,mesti tak jumpa punya,sebab ianya hanya bank maya tapi tak bermaksud ianya tak wujud dan tak boleh melakukan transaksi.
 
Boleh dikatakan hampir 90% pengusaha perniagaan secara online kat dunia ni menggunakan Paypal sbg bank mereka.Dengan adanya akaun Paypal,korang boleh membuat pengeluaran dan kemasukan di mana sahaja di seluruh dunia umpama korang dah membuka worldwide account bank.
 
Kenapa  paypal?

Asalnya Paypal ni ditubuhkan utk kegunaan transaksi pembelian dan penjualan produk ebay.Tapi kini penggunaannya telah meluas,korang nak tahu kenapa? sebab Paypal ni sebuah sistem kewangan yang mengamalkan sistem keselamatan dan mempunyai undang-undang yang ketat,jadi korang tak payah risaulah kalau nak beli barang secara online di website yg menggunakan sistem Paypal ni.
 
Duit korang akan selamat selagi korang ikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Paypal.Satu lagi yuran yg dikenakan adalah lebih murah berbanding dengan sistem kewangan yang lain.
 
Syarat-syarat membuka akaun Paypal
 
Anda mesti berada di Negara di mana Paypal di terima. Anda tak perlu bimbang kerana Malaysia merupakan salah satu Negara yang diterima oleh paypal.
 
Anda perlu memiliki kad kredit atau kad debit (Master atau VISA) untuktujuan pengesahan Manakala untuk mengeluarkan wang dari akaun paypal anda,hanya kad kredit atau kad debit yang mempunyai logo VISA sahaja yang bolehdigunakan untuk tujuan tersebut.Kebanyakan rakyat Malaysia menggunakan kad kredit atau kad debit VISA untuk tujuan pengesahan dan pengeluaran wang paypal 
 
Di bawah ini merupakan kad yang biasanya digunakan untuk tujuan
  1. pengesahan:
    “kad kredit VISA & MASTER Maybank, CIMB, CITIBANK,EON BANK, AMBANK”
    “kad debit VISA electron Public Bank, Allianz Bank, Tunemoney”
Kelebihan menggunakan paypal
  1. Cepat - pembayaran dibuat serta-merta
  2. Privasi - PayPal tidak mendedahkan maklumat kewangan kepada penjual.
  3. Global - PayPal diterima hampir kesemua negara di dunia ini, ia juga boleh digunakan untuk membuat bayaran pada peringkat tempatan ataupun antarabangsa.
  4. Mudah - Menghantar wang / Membuat pembayaran dengan hanya berberapa klik sahaja.
  5. Dipercayai - Mengetuai dalam industi membasmi penipuan kad kredit dalam menjaga keselamatan data pelanggan.
  6. Keberkesanan - Ianya adalah percuma untuk menghantar wang, bagi pembayaran online pula charge yang di kenakan adalah murah berbanding mana2 bank dan PayPal sesuai digunakan untuk pelbagai jenis perniagaan.

sumber:  http://apai77.blogspot.com/2011/02/apa-itu-paypal.html

No comments:

Post a Comment

Recent News

Search Engine Submission - AddMe