Friday, September 10, 2010

Jadual Penggunaan CD Dalam Sehari (Contoh)

How Many Cloth Diapers

Berapa Keping Cloth Diapers yang di perlukan?
Berapa keping lampin kain moden @ Cloth Diapers yang di perlukan bergantung kepada beberapa faktor dan mungkin berbeza bagi satu-satu  keluarga . Jadi jangan risau, saya akan menyediakan maklumat yang selengkapnya supaya tidak ada lagi kemusykilan selepas ini :) Antara faktor2 tersebut ialah:

i)Berapa keping CD diperlukan bergantung kepada kekerapan basuhan.

Clot diapers yang kotor biasanya perlu di basuh dengan kerap. Berapa keping di perlukan bergantung kepada berapa kerap anda membasuhnya. Walaupon ada sesetengah surirumah yang melakukan cucian setiap hari, tetapi ada juga surirumah yang bekerja dan hanya sempat melakukan dalam masa 2-3 hari sekali. Jika anda rasa tak sempat nak basuh hari2, sediakan baldi yang besar sikit la. Tapi jangan pulak simpan melebihi 3 hari, nanti berkulat plak. Tak pasal2 penyakit lain pulak yang datang. Nak kira berapa CD nak beli senang aja, cuba congak2kan berapa CD nak guna dalam sehari. Biasanya jarakkan dalam 3 jam mcm tu (siang) dan malam plak 2 kali. Contohnya macam kat bawah. Contohnya jika anak puan/tuan bangun pukul 7 pg. So jadualnya lebih kurang kat bawah:

7 pagi - 10 pagi : ( 1 CD + 1 Insert)
10 pagi - 1 tgh : ( 1 CD + 1 Insert)
1 tgh - 3 ptg : ( 1 CD + 1 Insert)
3 ptg - 6 ptg : ( 1 CD + 1 Insert)
6 ptg - 10 mlm : ( 1 CD + 2 Insert)
10mlm -7pagi : ( 1 CD + 2 Insert)

Jadi semuanya (anggaran saja) ialah 5-6 CD sehari. Jadi berap keping anda nak beli bergantung kepada berapa jarak hari yang anda nak basuh. Jadi bila nak basuh hari2, katakan anda basuh setiap pagi 5 kpg CD, jadi anda perlu spare 5 kpg lg untuk pakai pada hari tu. Jadi smuanya 10pcs dan campur lg beberapa keping untuk tujuan kecemasan. Tapi jika anda basuh terus setiap kali penggunaan, anda mungkin akan mengurangkan bilangan yang perlu di beli.

ii)Berapa keping CD diperlukan bergantung kepada jadual

Pembelian CD juga bergantung kepada samaada anda ingin menggunakan lampin pakai buang sepenuh masa atau hanya hujung minggu atau malam sahaja. Ada diantara pengguna yang menggunakan Cloth Diapers pada waktu siang, dan menggunakan lampin pakai buang pada waktu malam. Sebab biasanya lampin kain moden tidak dapat menampung basahan kanak-kanak yang 'heavy wetter'. Jadi terpaksa menukar lampin pada waktu pagi. . Jika anda tidak dapat menggunakan Cloth Diapers sepenuh masa di sebabkan pusat jagaan atau sebab yang lain, jadi anda mungkin akan turut menggunakan disposable diapers. Jadi bilangan cloth diapers yang di perlukan bergantung kepada berapa kali yang anda ingin berCD dan berapa kali anda nak guna disposable.

iii)Berapa keping CD diperlukan bagi sepenuh masa.

Kebanyakan pakar bersetuju jika Cloth diapers yang di perlukan ialah 10-15 poket CD.Tapi bergantung juga kepada umur anak dan berapa kerap nak basuh.


iv)Berapa keping CD diperlukan bagi separuh masa.

Bagi para ibu-ibu yang berkerja dan hanya gunakan pada hujung minggu atau malam, 5-7 CD rasanya sudah cukup sebagai permulaan. Jadi anda boleh budget berapa yang anda ingin gunakan, samaada sudah cukup atau perlukan lebih. Perlu diingatkan jangan biarkan CD lebih dari 3 hari jika tidak mahu cuci hari2.

v)Berapa keping CD diperlukan mengikut umur.

Berapa banyak CD yang di perlukan juga bergantung kepada umur kanak2. Bagi Newborn memang kerap la perlu tukar, tapi semakin meningkat umur, semakin kurang penggunaan CD dalam sehari.

Bagi new Born.

How Many Cloth Diapers for Newborn Bayi baru lahir biasanya perlukan 10-12 kpg CD dalam sehari. Ini kerana bayi baru lahir kerap poo (buang air besar) berbanding kanak-kanak. Jika anda tidak mahu kerap menukar CD, lebih baik anda menggunakan 'liner' samaada disposable ataupon yang boleh dibasuh. Semakin mereka membesar, semakin kurang penggunaan.





Bagi bayi 6-18 bulan

How Many Cloth Diapers for Infants Bila bayi dah meningkat umur ke 6-18bulan, maka patern poo akan berubah. Poo akan lebih pejal dan makin kurang. Ada sesetengah bayi yang terus tidur sampai pagi dan ada yang perlu penukaran CD pada waktu malam. Jadi penggunaan 6-8 CD sehari sudah mencukupi. Dalam pada waktu yang sama, bayi akan semakin aktif, dan perlukan CD yang lenih kemas dan selesa bagi menampung pergerakan mereka dan mengurangkan kebocoran. Babyland dengan extra button, amat sesuai bg mengatasi masalah ini kerana butang extra membuatkan pemakaian lebih kemas dan sesuai untuk kanak2 yang aktif. Pemakain yang kemas akan mengurangkan faktor kebocoran.




Kanak-kanak 18 bulan keatas (potty training)


How Many Cloth Diapers for Toddlers Seperti yang dinyatakan sebelumnya, penggunaan CD akan berkurangan semakin bertambah usia. Jika anak2 anda sudah pandai untuk ke toilet dengan sendiri, maka kurangla penggunaan CD. Tapi, mengikut pengalaman saya (2 anak menggunakan CD) lebih cepat meninggalkan penggunaan pampers. Anak saya dan berhenti berCD bila usia mencecah 2 1/2. Sebab bila pakai lampin ni, diorang akan cepat rasa kebasahan. Jadi dengan sendirinya bila nak kencing diorang akan ajak ke toilet. Sekarang anak saya yang no 3 (2 1/2) memang dah tak pakai CD kecuali malam. Kat nursery pon dah tak pakai, pandai bagitau teache nak 'pee' dan 'poo'. Jadi sekarang ni mmg 1-2 CD je saya pakai dalam sehari.




p/s: Di harap para ibu lebih faham tentang kuantiti CD yang di perlukan. Tapi bertahanlah, sebab mmg agak susah sikit bila kita nak biasakan diri untuk berCD, bila kita dah terbiasa dengan disposable. Go Green!!

No comments:

Post a Comment

Recent News

Search Engine Submission - AddMe