Wednesday, January 6, 2016

TRIK MUDAH UNTUK MENDAPATKAN KULIT YANG BERSIH DARI JERAWAT

Walaupun kita makan dengan cara yang sihat, dapat waktu tidur yang cukup dan bersenam setiap masa, tapi tu bukannya dapat menghalang pengeluaran jerawat 100%. Bab kata orang, kalau jerawat nak keluar, dia main keluar je...ha..ha...Mai pulak time kita ada big day ahead pulak tu. Esok nak kenduri, nak interview, ada dinner, time tu la jerawat nak jengah keluar. Tapi jangan risau, ada beberapa tips yang boleh at least megurangkan "sinaran" gunung jerawat tu..Kat sini ada beberapa tips yang boleh di gunakan: 1. Basuh muka sebelum tidur Jangan lupa basuh muka dulu sebelum masuk tidur. Nasib baik la sejak jadi mak budak ni, jarang sgt keluar malam. So lepas balik kerja, memang muka sentiasa bercuci. Alhamdulillah, memang jarang sangat nak tengok jerawat muncul. Paling2 kalau tak larat tu, sentiasa sediakan cleansing wipe kat tepi katil. Senang kan?














2. Mask Muka Sekali sekala tu, muka perlukan juga belaian, macam manusia jugak. Boleh je pg ambil bahan2 yang dah ada kat rumah tu, buat diy sendiri. Jimat duit. Saya selalu jugak buat diy mask sendiri.



i. Mask straberri dan yogurt Boleh jugak campurkan yogurt dengan strawberry, tapi strawberri tu bunyi macam urban sgt kan? Pisang pun boleh jugak, dan jugak tomato. 

 iii. Kadang2 guna je air beras yang tengah mendidih tu sapu kat muka. Tapi biarla air tu sejuk dulu. Kang tak pasal2, nak cantik, lecur pulak yang dapat. 

 iv. Gunakan clay mask Kalau anda ada clay mask kat rumah. Tu lagi bagus, sebab clay bertindak seperti penyedut hampagas, sedut segala kekotoran dan bakteria kat muka kita tu, menyerap ke dalam kulit untuk membersihkan kulit dan menyedut segala apa yang tersumbat di pori2 kulit.

 iiv.Oatmeal Mask: Campurkan oatmeal yang kita dah masak bersama perahan jus lemon dan jugak telur. Oatmeal mengandungi antioksida yang membantu untuk mengecutkan jerawat. Jus lemon membantu untuk membunuh segala bakteria di sebabkan sifat asidik jus itu sendiri. Plus jus lemon ni boleh membantu untuk mencerahkan kulit juga. Telur pula mengandungi vitamin E yang membantu menegangkan kulit muka untuk lebih kesan yang lembut. 

 Kalau nak tahu DIY mask yang sring saya buat kat rumah, boleh klik link ni ye.https://www.facebook.com/OwhMyBody/posts/810827359028067 
















3. Lembabkan muka Pelembab adalah satu benda yang memang saya amalkan sejak dari sekolah menengah lagi. Walaupun kulit berminyak, jangan lupa sapukan moisturizer. Tapi pastikan moisturizer tu tak mengandungi kadar minyak yang banyak. Kulit berminyak sesuai menggunakan pelembab yang mengandungi tea-tree oil. 

 Kadang-kadang, ramai yang tersilap, pelembab tak sesuai di pakai untuk kulit berminyak...its a must, kalau anda tak mahu kelihatan tua dalam masa terdekat. Jadi, lepas basuh muka tu, sila pastikan pakai pelembab muka dam kalau nak pakai serum lepas tu pun lagi bagus. Saya biasa buat pelembab sendiri je. Yang penting anda mempunyai beberapa bahan seperti aloevera gel, carrier oil dan untuk lebih kesan, masukkan essential oil sekali. 

 Memang jika amalkan, anda akan lihat perubahan yang amat besar pada kulit anda. 


 4. Jangan picit jerawat Walau macammana tingginy gunung yang ada kat muka tu, cuba tahankan tangan jangan picit. Boleh meninggalkan parut tau. Parut bukan sebarang parut, parut degil pulak tu..So, di syorkan, bila ada jerawat tu, cuba2 la kurangkan aktiviti tengok cermin tu..hi..hi..













5. Aloe Vera: Semenjak dua menjak ni, stok aloevera gel ni memang saya ada simpan di rumah. Aloevera ni memang terbukti sejak dari dulu lagi membantu dalam proses healing terutamanya melibatkan kulit. Aloevera ni mempunyai antibakteria, jadi memang sesuai untuk merawat luka, parut dan juga boleh merawat jerawat dengan cepat di sebabkan sifat antibakterianya. Senang saja caranya, hanya sapu di muka dan biarkan kering atau pun selama 1 jam. Lepas tu boleh basuh macam biasa.














6. Madu Madu pun satu bahan yang wajib ada kat rumah. Bukan saja untuk minum, tapi juga boleh di sapu di muka seperti mask. Sesuai untuk kulit sensitif dan boleh mengurangkan bengkak jerawat dan mengurangkan kerengsaan pada kulit, sebab madu tu mengandungi bahan antibakteria..














7. Steam muka: Ambil satu mangkuk yang berisi air panas, letak muka agak2 tak terlampau panas, dan tutuk kepala dengan tuala atau kain, supaya wap tu boleh pergi ke muka dengan maksimum..Biarkan selama 2-3 minit untuk membuka segala pori2 yang tersumbat. Lepas tu boleh cuci muka macam biasa. 

Jangan lupa lepas cuci muka, gunakan penyegar untuk tutup balik segala pori yang terbukak tadi. Tapi, saya kadang2 buat cara senang je. Bila nasik tengah masak, ada satu lubang untuk keluarkan wap nasi tu kan? so saya just biarkan muka kena wap nasi tu beberapa minit. Biarkan wap tu di muka selalma beberapa minit, baru pg cuci muka. Beras mengandungi bahan yang boleh mencerahkan kulit jugak tau..hi..hi..


















8. Panadol atau Baking Soda: Tapi sebabkan rumah jarang ada baking soda, selalunya saya gunakan panadol. Caranya, hancurkan panadol dan cuma sapu je kat jerawat tu sebelum tidur. Memang berkesan sangat. 

 . Ais: Cuba ambil ketul ais dan sapu di keliling bengkan. Ais membantu untuk mengecutkan bengkak jerawat. lepas tu boleh sapu ubat jerawat macam biasa.


No comments:

Post a Comment

Recent News

Search Engine Submission - AddMe