Thursday, February 11, 2010

Cara Penjagaan

Penerangan:

1. Kain luar yang kalis air
2. Kain dalam diperbuat daripada kain cotton lembut, mengelakkan ruam lampin.
3. Insert: 100 kain microfiber, ada 3 layer.
4. Macam2 7 warna ada dan 4 printed yang comey2 blaka..





Tahukah anda buangan lampin pakai buang mengambil masa 500 tahun untuk dilupuskan?
 
Tahukah anda berapa banyak kos yang telah anda bazirkan dengan mengunakan lampin pakai buang?
Tahukah anda kandungan dalam lampin pakai buang mengandungi Dioxin, ia merupakan bahan peluntur yg digunakan dalam proses pemutihan kertas. Bahan ini boleh menyebabkan kanser, birth defect, kerosakan pada hati, penyakit kulit, dan juga genetic damage?
Memperkenalkan lampin moden kepada ibu ibu yang mengambil berat tentang kesihatan bayi anda,kos dan juga alam sekitar.Lampin kain sangat mudah dipakai dan ia boleh diselaraskan mengikut saiz bayi.


Peringkat & Cara Basuh CD

1) Prewash / Basuhan Awal
Setelah anda membeli CD sila jangan dipakaikan terus kepada bayi. CD+Insert perlu dibasuh sekurang2nya 3 kali tanpa sabun bertujuan untuk meningkatkan daya serapan (lg banyak kali dibasuh lagi tinggi daya serapannya). Caranya ; basuh, jemur, kering, angkat (proses ini diulang sekurang2nya 3x).

2) Basuhan Setelah menggunakan CD
a) Air Kencing / Pee
Keluarkan Insert dr pocket. bilas dengan air yg banyak sampai xder bau n perah. CD poon buat perkara yang sama. Untuk basuhan pada hari yang sama bleh terus masukkan dlm mesin basuh. Lebihkan penggunaan air semasa membasuh dan sabun yg sedikit / 1/4 drpd penggunaan biasa

b) Najis / stool / Poo
Buangkan najis ke dalam lubang tandas terlebih dahulu. Kalau nk lebih elok semasa pakai kan bayi dgn CD gunakan nappy liner / fleece liner sbb akan mengurangkan kotoran pada CD, jadi lebih senang dicuci. Kemudian sental perlahan2 dengan tangan untuk hilangkan warna yang melekat. Tolong jangan gunakan berus kerana akan merosakkan fabrik. Selepas itu bilas dengan air yang banyak dan sabun yg sedikit / 1/4 drpd penggunaan biasa. Akhirnya basuh seperti biasa. 

Kalau masih ada tertinggal kesan warna yang najis, jangan risau. Anda boleh basuh dengan air perahan limau @ cuka dan jangan sesekali menggunakan peluntur. Ataupun jemur di bawah matahari dan biler kering kain sudah menjadi putih semula. majiknya kuasa matahari........


3) Stripwashing
Dilakukan apabila CD sudah kurang daya serapannya. Macam mana nak tau Cd kurang daya serapan ; apabila CD terlalu cepat bocor/leaking. Biasanya boleh dilakukan sebulan sekali. Boleh gunakan Cuka(hanya digunakan ke atas insert) / Baking Soda / Air Panas

Nota :
1) gunakan Laundry Net untuk memanjangkan jangka hayat CD anda dan menjaga butang2 CD drpd rosak/tercabut - sayangnya.......

2) gunakan sabun yg sedikit / 1/4 drpd penggunaan biasa (jimat sabun) dan jangan sesekali menggunakan pelembut kerana ia akan mengurangkan serapan insert.

3) gunakan air yg banyak semasa membasuh CD di dalam mesin basuh bagi memastikan sisa sabun hilang dengan sepenuhnya.

4) JANGAN gunakan sabun yang mengandungi enzim, peluntur, pelembut kain. Pendek kata guna sabun murah ajer hehe (jimat lagi kan)

5) Sebaik2nya jemur di bawah sinaran matahari. Tapi kalau ari keje kang x pasal2 kene cilok lak CD2 comel itu. Alternatifnya jemur ajer dalam rumah OR bawah kipas hehe... tp at least seminggu skali bawa lah CD comel jumpa sang matahari erk.

6) Jika mahu mengumpul CD sebelum dibasuh tolong kumpulkan semua CD yang telah dibilas dan diperah ke dah BALDI yang KERING. Baldi basah menggalakkan pertumbuhan bakteria.

4) Opps..terguna pelembut kain??

1) Gunakan sabun pencuci pinggan yang terkenal dengan kuasa penghapusan minyak (contohnya sunlight)

2) Basahkan cloth diaper atau insert yang mengalami kalis air tu.

3) Ambil sedikit cecair pinggang mangkuk tersebut dan gosokkan terus ke cloth diaper atau insert yg tidak menyerap air tadi. Tidak perlu dicairkan.

4) Gosok sehingga rata

5) Bilas dan keringkan

6) Ulangi sehingga anda rasa lampin atau insert dapat menyerap


Kelebihan - kelebihan ketara CDs ini seperti:

1-Beli sekali tahan 3 tahun. Memang JIMAT !!! Cloth Diaper, malahan boleh guna untuk adik seterusnya.

2-Lapisan luar CDs adalah PUL(polyurethane laminate) material yang buatkannya kalis air (waterproof) boleh mencegah pee BB melimpah.

3-Lapisan dalam CDs adalah microfleece material yang menyebabkan baby sentiasa kering.

4-Insert/soaker adalah 3 lapisan microfiber menjadikannya 5x lebih berkesan serapannya berbanding towel biasa.

5-PENTING ! CDs ni memang TIADA campuran bahan kimia yang boleh menyebabkan ruam lampin seperti yang terdapat dalam disposable diaper. Baby2 Ma&Pa bebas nappy rashes.

6-SPECIAL! CDs ni dipanggil One Size kerana satu CDs boleh di adjust saiz dari saiz S,M dan L. So, memang boleh pakai lama dari baby Ma&Pa baru lahir hingga umur 3 atau 4 tahun.CDs ni kemas, selesa dan mudah dipakaikan sebabnya memang khas dibuat 2 sejenis saja:
butang dan pelekat velcro. Tak macam Ma&Pa nak pakaikan lampin biasa nak kene ikat plastik.

7-Paling BEST juga, CDs ni banyak pilihan warna dan corak untuk koleksi baby2 Ma&Pa.SELAMATKAN ALAM SEKITAR! bayangkan selama ni Ma&Pa telah buang disposable diaper yangmengambil masa 300 - 500 tahun ! untuk dilupuskan.

8- Tip penting - untuk menjaga ketahanannya Ma&Pa dinasihatkan menggunakan laundry bag untuk cucian mesin basuh.

No comments:

Post a Comment

Recent News

Search Engine Submission - AddMe