Wednesday, September 15, 2010

APA ITU CLOTH DIAPERS

Saya dapati ramai yang masih kurang faham dengan lampin kain moden  atau cloth diaper. Tidaklah menghairankan sebeanrnya sebab cloth diaper atau lampin kain moden ni baru saja di war-warkan.
Ramai tetamu blog ni yang call atau email minta saya terangkan lebih lanjut tentang tips-tips ber ‘cloth diaper ’. 


Saya faham sebab ramai bakal-bakal ibu yang melayari blog ni . Yang dah menjadi ibu pun dah terbiasa dengan lampin pakai buang minta saya terangkan dengan lebih lanjut lagi.Panjang nak cerita sebenarnya tapi saya akan bahagikan kepada beberapa bahagian ye. Pagi ni saya terangkan sikit apa dia cloth diaper atau lampin moden ni.
Kalau dulu-dulu, ibu-ibu kita biasa pakaikan bayi dengan lampin empat segi yang di lipat-lipat menjadi tebal dan di pinkan dengan pin keselamatan yang besar. Lepas tu bayi di pakaikan dengan seluar getah.
Selepas era seluar getah pulak, ada plastik bentuk tiga segi yang boleh di simpul di kiri dan kanan. Plastik ni pun macam macam warna ada .Pink, biru, putih dan kebanyakannya plain atau tanpa corak.

Sekarang kaedah ni dah di permodenkan. Lampin kain moden pula mengambil alih. Fungsinya masih sama iaitu sebagai napkin bayi cuma betuknya di cantikkan dan bertambah praktikal!

Lampin kain moden di jahit siap dengan poket . Di poket inilah insert ( kain yang kuat daya serapan air kencing bayi ) di masukkan.Tak perlu lagi kain napkin empat segi di lipat tebal seperti dulu.

No comments:

Post a Comment

Recent News

Search Engine Submission - AddMe