1. Bahagian yang berwarna (biru-ada pelbagai pilihan warna) adalah outer pada pocketnya. Diperbuat daripada material PUL (Polyurethane Laminate). Ia berfungsi untuk mengelakkan berlakunya kebocoran sewaktu pemakaian.
2. Bahagian dalam pula dinamakan inner. Inner dibuat dari material microfleece yang sangat lembut unuk kulit bayi dan memastikan kulit bayi kekal kering.
3. Untuk menyerap basahan dari bayi, penggunaan insert sangat penting. Insert adalah kain dari material microfiber yang sangat menyerap basahan. penting diingatkan, insert microfiber perlu di masukkan ke dalam pocket pada bahagian CD. Biasanya insert yang di gunakan adalah yang dijahit 3 lapisan bagi memaksimumkan penyerapan.

INSTALASI LAMPIN KAIN MODEN
Insert perlu dimasukkan ke dalam poket yang terdapat pada lampin kain tersebut (merujuk kepada lampin kain yang jenis berpoket). Diingatan sekali lagi bahawa sekiranya insert yang digunakan adalah dari jenis microfiber, ia perlu dimasukkan ke dalam poket kerana insert microfiber tidak boleh bersentuhan terus pada kulit bayi kerana ia akan menyebabkan berlakunya kekeringan pada kulit bayi. Tetapi sekiranya insert yang digunakan adalah dari jenis hemp atau bamboo, ia boleh bersentuhan dengan kulit bayi.
Selepas insert siap dimasukkan, lampin kain moden perlu di selaraskan kepada saiz yang bersesuaian dengan saiz bayi (merujuk kepada lampin kain moden dari jenis 0ne size).Penyelarasan dilakukan dengan mengubahsuai butang katup pada bahagian hadapan lampin kain moden tersebut. Rujuk gambar untuk lebih jelas.
Untuk memakaikan lampin kain moden pada bayi anda, cara pemakaian adalah sama seperti menggunakan lampin pakai buang. Perbezaannya, lampin kain moden boleh di basuh dan digunakan berulangkali.
No comments:
Post a Comment