How Many Cloth Diapers
Berapa Keping Cloth Diapers yang di perlukan?Berapa keping lampin kain moden @ Cloth Diapers yang di perlukan bergantung kepada beberapa faktor dan mungkin berbeza bagi satu-satu keluarga . Jadi jangan risau, saya akan menyediakan maklumat yang selengkapnya supaya tidak ada lagi kemusykilan selepas ini :) Antara faktor2 tersebut ialah:
i)Berapa keping CD diperlukan bergantung kepada kekerapan basuhan.
Clot diapers yang kotor biasanya perlu di basuh dengan kerap. Berapa keping di perlukan bergantung kepada berapa kerap anda membasuhnya. Walaupon ada sesetengah surirumah yang melakukan cucian setiap hari, tetapi ada juga surirumah yang bekerja dan hanya sempat melakukan dalam masa 2-3 hari sekali. Jika anda rasa tak sempat nak basuh hari2, sediakan baldi yang besar sikit la. Tapi jangan pulak simpan melebihi 3 hari, nanti berkulat plak. Tak pasal2 penyakit lain pulak yang datang. Nak kira berapa CD nak beli senang aja, cuba congak2kan berapa CD nak guna dalam sehari. Biasanya jarakkan dalam 3 jam mcm tu (siang) dan malam plak 2 kali. Contohnya macam kat bawah. Contohnya jika anak puan/tuan bangun pukul 7 pg. So jadualnya lebih kurang kat bawah:7 pagi - 10 pagi : ( 1 CD + 1 Insert)
10 pagi - 1 tgh : ( 1 CD + 1 Insert)
1 tgh - 3 ptg : ( 1 CD + 1 Insert)
3 ptg - 6 ptg : ( 1 CD + 1 Insert)
6 ptg - 10 mlm : ( 1 CD + 2 Insert)
10mlm -7pagi : ( 1 CD + 2 Insert)
Jadi semuanya (anggaran saja) ialah 5-6 CD sehari. Jadi berap keping anda nak beli bergantung kepada berapa jarak hari yang anda nak basuh. Jadi bila nak basuh hari2, katakan anda basuh setiap pagi 5 kpg CD, jadi anda perlu spare 5 kpg lg untuk pakai pada hari tu. Jadi smuanya 10pcs dan campur lg beberapa keping untuk tujuan kecemasan. Tapi jika anda basuh terus setiap kali penggunaan, anda mungkin akan mengurangkan bilangan yang perlu di beli.
ii)Berapa keping CD diperlukan bergantung kepada jadual
Pembelian CD juga bergantung kepada samaada anda ingin menggunakan lampin pakai buang sepenuh masa atau hanya hujung minggu atau malam sahaja. Ada diantara pengguna yang menggunakan Cloth Diapers pada waktu siang, dan menggunakan lampin pakai buang pada waktu malam. Sebab biasanya lampin kain moden tidak dapat menampung basahan kanak-kanak yang 'heavy wetter'. Jadi terpaksa menukar lampin pada waktu pagi. . Jika anda tidak dapat menggunakan Cloth Diapers sepenuh masa di sebabkan pusat jagaan atau sebab yang lain, jadi anda mungkin akan turut menggunakan disposable diapers. Jadi bilangan cloth diapers yang di perlukan bergantung kepada berapa kali yang anda ingin berCD dan berapa kali anda nak guna disposable.iii)Berapa keping CD diperlukan bagi sepenuh masa.
Kebanyakan pakar bersetuju jika Cloth diapers yang di perlukan ialah 10-15 poket CD.Tapi bergantung juga kepada umur anak dan berapa kerap nak basuh.iv)Berapa keping CD diperlukan bagi separuh masa.
Bagi para ibu-ibu yang berkerja dan hanya gunakan pada hujung minggu atau malam, 5-7 CD rasanya sudah cukup sebagai permulaan. Jadi anda boleh budget berapa yang anda ingin gunakan, samaada sudah cukup atau perlukan lebih. Perlu diingatkan jangan biarkan CD lebih dari 3 hari jika tidak mahu cuci hari2.
v)Berapa keping CD diperlukan mengikut umur.
Berapa banyak CD yang di perlukan juga bergantung kepada umur kanak2. Bagi Newborn memang kerap la perlu tukar, tapi semakin meningkat umur, semakin kurang penggunaan CD dalam sehari.Bagi new Born.
Bagi bayi 6-18 bulan
Kanak-kanak 18 bulan keatas (potty training)
p/s: Di harap para ibu lebih faham tentang kuantiti CD yang di perlukan. Tapi bertahanlah, sebab mmg agak susah sikit bila kita nak biasakan diri untuk berCD, bila kita dah terbiasa dengan disposable. Go Green!!
No comments:
Post a Comment